MEDICAL CARD
Kos Perubatan
semakin hari semakin meningkat. Rawatan Pakar pula bukannya murah. Apabila
sakit anda akan berhabis-habisan mencari penawarnya. Kita perlu pulih dan sihat
dengan pantas bagi memastikan ahli keluarga mendapat hak mereka. Lagi lama kita
menanggung kesihatan yang tidak menentu akan memberi kesan emosi kepada ahli
keluarga, diri dan juga sekeliling kita. Tambahan pula bebanan kos yang tidak
dapat dibendung.
Adakah Anda Berkemampuan Membayar
Pakar Jika Anda Jatuh Sakit Hari ini?
Kemajuan dalam teknologi perubatan yang berkait rapat dengan
kemunculan penyakit-penyakit berbahaya masa kini perlu dibayar dengan harga
yang tinggi. Kadar inflasi perubatan sedunia telah dianggarkan kira-kira 10%*
setiap tahun. Di Malaysia, kadar inflasi perubatan dianggarkan sebanyak 15%.
Lebih 36,000** rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga
terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat
gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
(Sumber: The Star*, 14 Mac
2009 & Utusan Malaysia**, 20 September 2011)
Ditambah
pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat,
anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika
anda tidak merancang perbelanjaan hospital dari sekarang.
Hakikatnya
ialah, sesuatu pembedahan yang langsung tidak dijangka dan tidak dapat
dielakkan sama sekali kadangkala boleh melenyapkan keseluruhan simpanan anda.
SmartMedic
200 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai yang memberikan anda dan
keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan komprehensif dan berkualiti
apabila anda benar-benar memerlukannya!
Kenapa perlu memilih SmartMedic 200?
SmartMedic
200 menyediakan perlindungan yang tidak ternilai dan pembaharuan yang dijamin sehingga
umur 80 tahun. Ia juga menjamin perlindungan yang berpanjangan apabila anda
memperbaharui perlindungan anda dengan tidak mengambil kira had seumur hidup!
Di samping itu, SmartMedic 200 juga menyediakan manfaat Khairat Kematian
sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar sekira berlakunya kematian atas apa
jua sebab.
SmartMedic
200 bekerjasama dengan sebuah ‘Organisasi Pengurusan Penjagaan’ (MCO) yang
menyediakan anda dengan kemudahan bantuan 24 jam bagi:
•
Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus terhadap
bil-bil hospital sejurus selepas keluar dari hospital
Bagaimana SmartMedic 200 Memberi Manfaat Kepada
Anda…
1. Nikmati Manfaat Seumur
Hidup Tanpa Had
Dengan
SmartMedic 200, anda tidak perlu risau dengan had seumur hidup yang tinggal.
Kami menawarkan anda manfaat seumur hidup TANPA had yang membolehkan anda
sentiasa mendapatkan rawatan perkhidmatan dan perubatan yang berkualiti.
2. 5 Pilihan Pelan
Takaful Perubatan Yang Komprehensif
Dengan
SmartMedic 200, anda diberi pilihan sebanyak 5 pelan. Anda hanya perlu memilih
pelan yang paling sesuai dan komprehensif buat diri anda, dan kami akan menjaga
keperluan anda dengan sewajarnya.
3. Nikmati Manfaat Bilik
& Penginapan Hospital Yang Tinggi
Dengan
SmartMedic 200, anda berkelayakan untuk menikmati bilik & penginapan
hospital harian sehingga RM1,000 tertakluk kepada pelan yang dipilih.
4. Manfaat Khairat
Kematian
Kami
menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan
dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.
5. Nikmati Perlindungan
di Seluruh Dunia
Dengan
SmartMedic 200, anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda telah
sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia.
Ini adalah ringkasan mengenai pelan perubatan MAA Takaful. Semestinya ia mampu milik dan boleh juga dibuat dengan bayaran bulanan. Anda boleh pilih Pelan yang bagaimana dan yang terbaiknya ia tiada had limit berbanding dengan Syarikat yang lain.
IMPAK KEGAGALAN MERANCANG
*Keratan akhbar ini di ambil bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Ia sekadar menjadi pedoman bagi pembaca blog ini. Jika ia menimbulkan rasa kurang senang sila maklumkan kepada saya untuk tidak disiarkan.