Persoalannya, Adakah kita bersedia untuk menghantar anak-anak kita ke Universiti. Hampir semua aspek kita bersedia. Tetapi aspek kewangan inilah yang menghantui orang melayu. Kebanyakan ibu bapa bergantung harap kepada biasiswa. Tetapi tahukah anda tinggal berapa kerat sahaja lagi biasiswa yang ditawarkan. Jawapannnya adalah amat sedikit.
Untuk itu kita bergantung harap terus kepada pinjaman PTPTN. Inilah sahaja dana yang kita harapkan. Tetapi hampir setiap tahun kita terbaca yang dana PTPTN ini bukanlah besar untuk menampung kesemua pelajar. Tahun ini 2014 kita lihat 50,000 pelajar gagal mendapat pinjaman. Bukan beerti mereka ini tidak layak tetapi jumlah dana yang sikit. Ini semua kerana peminjam lepas liat untuk membayar pinjaman PTPTN.
Jika ini berlaku sekarang pada tahun 2014. Cuba anda bayangkan untuk tempoh 15 atau 20Tahun akan datang. Adakah PTPTN ini dapat meneruskan legasinya. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah membuat persediaan awal simpanan pendidikan untuk anak. Biarpun dengan hanya RM50 sebulan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita boleh sandarkan sekiranya PTPTN terkubur awal.
BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG
ADAKAH NASIB ANAK-ANAK ANDA JUGA BEGINI ?
"ANDA MENCORAK KE MANA ARAH ANAK ANDA"
contoh simpanan:
No comments:
Post a Comment