Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, 21 June 2014

Kad Perubatan











MEDICAL CARD
Kos Perubatan semakin hari semakin meningkat. Rawatan Pakar pula bukannya murah. Apabila sakit anda akan berhabis-habisan mencari penawarnya. Kita perlu pulih dan sihat dengan pantas bagi memastikan ahli keluarga mendapat hak mereka. Lagi lama kita menanggung kesihatan yang tidak menentu akan memberi kesan emosi kepada ahli keluarga, diri dan juga sekeliling kita. Tambahan pula bebanan kos yang tidak dapat dibendung.


Adakah Anda Berkemampuan Membayar Pakar  Jika Anda Jatuh Sakit Hari ini?

Kemajuan dalam teknologi perubatan yang berkait rapat dengan kemunculan penyakit-penyakit berbahaya masa kini perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kadar inflasi perubatan sedunia telah dianggarkan kira-kira 10%* setiap tahun. Di Malaysia, kadar inflasi perubatan dianggarkan sebanyak 15%. Lebih 36,000** rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
(Sumber: The Star*, 14 Mac 2009 & Utusan Malaysia**, 20 September 2011)


Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital dari sekarang.

Hakikatnya ialah, sesuatu pembedahan yang langsung tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan sama sekali kadangkala boleh melenyapkan keseluruhan simpanan anda.

SmartMedic 200 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai yang memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan komprehensif dan berkualiti apabila anda benar-benar memerlukannya!

Kenapa perlu memilih SmartMedic 200?

SmartMedic 200 menyediakan perlindungan yang tidak ternilai dan pembaharuan yang dijamin sehingga umur 80 tahun. Ia juga menjamin perlindungan yang berpanjangan apabila anda memperbaharui perlindungan anda dengan tidak mengambil kira had seumur hidup! Di samping itu, SmartMedic 200 juga menyediakan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar sekira berlakunya kematian atas apa jua sebab.
SmartMedic 200 bekerjasama dengan sebuah ‘Organisasi Pengurusan Penjagaan’ (MCO) yang menyediakan anda dengan kemudahan bantuan 24 jam bagi:

• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus terhadap bil-bil hospital sejurus selepas keluar dari hospital



Bagaimana SmartMedic 200 Memberi Manfaat Kepada
Anda…

1. Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had
Dengan SmartMedic 200, anda tidak perlu risau dengan had seumur hidup yang tinggal. Kami menawarkan anda manfaat seumur hidup TANPA had yang membolehkan anda sentiasa mendapatkan rawatan perkhidmatan dan perubatan yang berkualiti.

2. 5 Pilihan Pelan Takaful Perubatan Yang Komprehensif
Dengan SmartMedic 200, anda diberi pilihan sebanyak 5 pelan. Anda hanya perlu memilih pelan yang paling sesuai dan komprehensif buat diri anda, dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.

3. Nikmati Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Yang Tinggi
Dengan SmartMedic 200, anda berkelayakan untuk menikmati bilik & penginapan hospital harian sehingga RM1,000 tertakluk kepada pelan yang dipilih.

4. Manfaat Khairat Kematian
Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.

5. Nikmati Perlindungan di Seluruh Dunia

Dengan SmartMedic 200, anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda telah sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. 





Ini adalah ringkasan mengenai pelan perubatan MAA Takaful. Semestinya ia mampu milik dan boleh juga dibuat dengan bayaran bulanan. Anda boleh pilih Pelan yang bagaimana dan yang terbaiknya ia  tiada had limit berbanding dengan Syarikat yang lain.

IMPAK KEGAGALAN MERANCANG 


 
*Keratan akhbar ini di ambil bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Ia sekadar menjadi pedoman bagi pembaca blog ini. Jika ia menimbulkan rasa kurang senang sila maklumkan kepada saya untuk tidak disiarkan.

No comments:

Post a Comment