Haji adalah wajib ke atas orang Islam di muka bumi ini sebagai penyempurnaan syariat. Seterusnya bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke5. Istilah bagi yang mampu ini bolehlah dipecahkan kepada dua iaitu fizikal dan kewangan. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa isu kemampuan ini kebiasaannya dikaitkan dengan faktor kewangan. Jika ini adalah alasan utama, jom kita semak secara rambang. Adakah mereka yang berkata tidak mampu dari segi kewangan ini membuat perancangan awal. Jika persediaan dari segi kewangan ini dibuat seawal mungkin secara teorinya tidak akan muncul istilah tidak mampu. Kebanyakan kita bekerja seawal usia 25thn dan bersara mungkin pada umur 55Tahun. Jelas kita mempunyai masa untuk menyimpan hampir 30thn. Berapa pula kadar muasasah Tabung Haji sekarang ini pada tahun 2014, 10ribu lebih kurang. Adakah jumlah ini tidak mampu disediakan oleh kita dalam masa 30Thn? Jika seawal umur 25 menyimpan 50 sehingga umur 55 bukankah kita sudah memiliki sebanyak Rm15ribu lebih! Jelas di sini bahawa kebanyakan kita tiada perancangan awal kan.
Mengambil faktor fizikal pula pelbagai kemudahan diberikan dalam menyempurnakan rukun Islam yang ke5 ini termasuklah Upah Haji bagi yang tidak mampu dari segi fizikal dan Badal Haji bagi mereka yang telah meninggal dunia. Tetapi semua ini boleh dilaksanakan jika kita mempunyai simpanan untuknya. Tetap berbalik kepada soal kewangan kan.
untuk itu jom kita mulakan simpanan Haji kita hari ini sebagai spiritual melengkapkan Rukun Islam yang ke5.
Anda mempunyai kebebasan untuk menyimpan di mana sahaja institusi yang anda mahu. Tetapi cuba bandingkan dengan pelan simpanan ini berdasarkan ilustrasi berikut:
No comments:
Post a Comment