Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, 20 July 2014

Takaful Haji


Haji adalah wajib ke atas orang Islam di muka bumi ini sebagai penyempurnaan syariat. Seterusnya bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke5. Istilah bagi yang mampu ini bolehlah dipecahkan kepada dua iaitu fizikal dan kewangan. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa isu kemampuan ini kebiasaannya dikaitkan dengan faktor kewangan. Jika ini adalah alasan utama, jom kita semak secara rambang. Adakah mereka yang berkata tidak mampu dari segi kewangan ini membuat perancangan awal. Jika persediaan dari segi kewangan ini dibuat seawal mungkin secara teorinya tidak akan muncul istilah tidak mampu. Kebanyakan kita bekerja seawal usia 25thn dan bersara mungkin pada umur 55Tahun. Jelas kita mempunyai masa untuk menyimpan hampir 30thn. Berapa pula kadar muasasah Tabung Haji sekarang ini pada tahun 2014, 10ribu lebih kurang. Adakah jumlah ini tidak mampu disediakan oleh kita dalam masa 30Thn? Jika seawal umur 25 menyimpan 50 sehingga umur 55 bukankah kita sudah memiliki sebanyak Rm15ribu lebih! Jelas di sini bahawa kebanyakan kita tiada perancangan awal kan.

Mengambil faktor fizikal pula pelbagai kemudahan diberikan dalam menyempurnakan rukun Islam yang ke5 ini termasuklah Upah Haji bagi yang tidak mampu dari segi fizikal dan Badal Haji bagi mereka yang telah meninggal dunia. Tetapi semua ini boleh dilaksanakan jika kita mempunyai simpanan untuknya. Tetap berbalik kepada soal kewangan kan.

untuk itu jom kita mulakan simpanan Haji kita hari ini sebagai spiritual melengkapkan Rukun Islam yang ke5.
Anda mempunyai kebebasan untuk menyimpan di mana sahaja institusi yang anda mahu. Tetapi cuba bandingkan dengan pelan simpanan ini berdasarkan ilustrasi berikut:



Friday, 27 June 2014

Pendidikan

 UNIVERSITI





Setiap Ibu/Bapa Mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka. Termasuklah saya dan juga anda. Universiti kini bukanlah sama seperti dahulu. Permintaan untuk masuk ke Universiti semakin meningkat. Anak-anak kini lebih bijak. Termasuklah lambakan pusat tuisyen di merata-rata.

Persoalannya, Adakah kita bersedia untuk menghantar anak-anak kita ke Universiti. Hampir semua aspek kita bersedia. Tetapi aspek kewangan inilah yang menghantui orang melayu. Kebanyakan ibu bapa bergantung harap kepada biasiswa. Tetapi tahukah anda tinggal berapa kerat sahaja lagi biasiswa yang ditawarkan. Jawapannnya adalah amat sedikit.

Untuk itu kita bergantung harap terus kepada pinjaman PTPTN. Inilah sahaja dana yang kita harapkan. Tetapi hampir setiap tahun kita terbaca yang dana PTPTN ini bukanlah besar untuk menampung kesemua pelajar. Tahun ini 2014 kita lihat 50,000 pelajar gagal mendapat pinjaman. Bukan beerti mereka ini tidak layak tetapi jumlah dana yang sikit. Ini semua kerana peminjam lepas liat untuk membayar pinjaman PTPTN.

Jika ini berlaku sekarang pada tahun 2014. Cuba anda bayangkan untuk tempoh 15 atau 20Tahun akan datang. Adakah PTPTN ini dapat meneruskan legasinya. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah membuat persediaan awal simpanan pendidikan untuk anak. Biarpun dengan hanya RM50 sebulan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita boleh sandarkan sekiranya PTPTN terkubur awal.


BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG

ADAKAH NASIB ANAK-ANAK ANDA JUGA BEGINI ?

"ANDA MENCORAK KE MANA ARAH ANAK ANDA"

contoh simpanan:




Tuesday, 24 June 2014

Takaful Hayat Keluarga




Tabung Khairat Kematian Dan Keilatan Kekal
Apakah tujuan polisi sebegini diambil..? kalau dulu ia dikenali sebagai insurans NYAWA..tetapi perkembangan takaful yang mendadak ia kini lebih dikenali sebagai insurans HAYAT.

KONSEP
Ia tidak ubah seperti tabung khairat yang diuruskan oleh ketua ketua kampong atau pun ketua bagi sesuatu kawasan. Adakah ketua yang memegang wang yang dikumpulkan ini boleh menggunakan wang ini jawapannye sama sekali tida. Walau bagaimanapun ahli-ahli berhak jugak member kebenaran kepada ketuanya untuk mengambil sedikit dari wang ini sebagai upah penjagaan dan pengurusannya..

SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT TABUNG INI
Sekiranya berlaku kematian juga keilatan kekal kepada ahli/peserta , jadi waris kepada beliau layak untuk menuntut sejumlah wang yang telah dipersetujui bersama..

Beginilah konsep yang digunapakai oleh eTiQaTakaful . bezanya ia dikendalikan oleh sebuah syarikat yang besar yang bertujuan untuk sama-sama mengamalkan konsep muamalah ISLAM dan berprinsipkan syariah melalui cabang tabarruq yang juga membawa maksud saling membantu.

Saturday, 21 June 2014

Penyakit Utama Rakyat Malaysia

Mungkinkah esok adalah hari anda ?


Dalam situasi begini sokongan moral adalah penting bagi pesakit meneruskan kehidupan seperti biasa. persoalannya adakah sokongan moral sahaja cukup TANPA sokongan KEWANGAN bagi menempuh hari esok. Bagaimana pula dengan tanggungan yang perlu dijalankan setiap bulan bagi membayar bil-bil dan juga kos sara hidup? Apakah yang akan terjadi kepada anak-anak yang sedang membesar ?

Protection Income MAA Takaful boleh membantu anda dengan simpanan serendah RM100. Just fill up the form saya akan bantu anda dengan Quatation yang terbaik untuk anda.


PROTECTION INCOME


Contoh 1

Nama       : Anda
Pekerjaan : Berniaga
Status       : Bujang
Income     : RM2100
Umur        : 25Tahun
Jantina      : Lelaki

cara kiraan : Income RM2100 x 12Bln x 10 Thn = RM252,000-00

* Bermakna Anda memerlukan sebanyak RM252,000-00 sebagai perlindungan pendapatan kan . Jika Allah uji Anda hari ini dengan penyakit-penyakit bahaya yang mana dalam istilah MAA Takaful sendiri ada 46Jenis. Penyakit biasa yang biasa menyerang orang melayu. Mungkin Faktor pemakanan orang kita. Antaranyanya ialah Buah Pinggang, Jantung, Kanser, Stroke dan banyak lagi kalau saya nak update kat sini. Apa pun kita lihat untuk perlindungan yang sebegini, berdasarkan illustrasi di atas sumbangan bulanan bagi anda hanyalah RM29 sahaja. ye betul.  Bagaimana saya dapat membantu hanya fill up form Quatation dan dapatkan temujanji anda.

Perlindungan pendapatan RM250,000-00
Tempoh Perlindungan 20 Tahun










Kad Perubatan











MEDICAL CARD
Kos Perubatan semakin hari semakin meningkat. Rawatan Pakar pula bukannya murah. Apabila sakit anda akan berhabis-habisan mencari penawarnya. Kita perlu pulih dan sihat dengan pantas bagi memastikan ahli keluarga mendapat hak mereka. Lagi lama kita menanggung kesihatan yang tidak menentu akan memberi kesan emosi kepada ahli keluarga, diri dan juga sekeliling kita. Tambahan pula bebanan kos yang tidak dapat dibendung.


Adakah Anda Berkemampuan Membayar Pakar  Jika Anda Jatuh Sakit Hari ini?

Kemajuan dalam teknologi perubatan yang berkait rapat dengan kemunculan penyakit-penyakit berbahaya masa kini perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kadar inflasi perubatan sedunia telah dianggarkan kira-kira 10%* setiap tahun. Di Malaysia, kadar inflasi perubatan dianggarkan sebanyak 15%. Lebih 36,000** rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
(Sumber: The Star*, 14 Mac 2009 & Utusan Malaysia**, 20 September 2011)


Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital dari sekarang.

Hakikatnya ialah, sesuatu pembedahan yang langsung tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan sama sekali kadangkala boleh melenyapkan keseluruhan simpanan anda.

SmartMedic 200 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai yang memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan komprehensif dan berkualiti apabila anda benar-benar memerlukannya!

Kenapa perlu memilih SmartMedic 200?

SmartMedic 200 menyediakan perlindungan yang tidak ternilai dan pembaharuan yang dijamin sehingga umur 80 tahun. Ia juga menjamin perlindungan yang berpanjangan apabila anda memperbaharui perlindungan anda dengan tidak mengambil kira had seumur hidup! Di samping itu, SmartMedic 200 juga menyediakan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar sekira berlakunya kematian atas apa jua sebab.
SmartMedic 200 bekerjasama dengan sebuah ‘Organisasi Pengurusan Penjagaan’ (MCO) yang menyediakan anda dengan kemudahan bantuan 24 jam bagi:

• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus terhadap bil-bil hospital sejurus selepas keluar dari hospital



Bagaimana SmartMedic 200 Memberi Manfaat Kepada
Anda…

1. Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had
Dengan SmartMedic 200, anda tidak perlu risau dengan had seumur hidup yang tinggal. Kami menawarkan anda manfaat seumur hidup TANPA had yang membolehkan anda sentiasa mendapatkan rawatan perkhidmatan dan perubatan yang berkualiti.

2. 5 Pilihan Pelan Takaful Perubatan Yang Komprehensif
Dengan SmartMedic 200, anda diberi pilihan sebanyak 5 pelan. Anda hanya perlu memilih pelan yang paling sesuai dan komprehensif buat diri anda, dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.

3. Nikmati Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Yang Tinggi
Dengan SmartMedic 200, anda berkelayakan untuk menikmati bilik & penginapan hospital harian sehingga RM1,000 tertakluk kepada pelan yang dipilih.

4. Manfaat Khairat Kematian
Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.

5. Nikmati Perlindungan di Seluruh Dunia

Dengan SmartMedic 200, anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda telah sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. 





Ini adalah ringkasan mengenai pelan perubatan MAA Takaful. Semestinya ia mampu milik dan boleh juga dibuat dengan bayaran bulanan. Anda boleh pilih Pelan yang bagaimana dan yang terbaiknya ia  tiada had limit berbanding dengan Syarikat yang lain.

IMPAK KEGAGALAN MERANCANG 


 
*Keratan akhbar ini di ambil bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Ia sekadar menjadi pedoman bagi pembaca blog ini. Jika ia menimbulkan rasa kurang senang sila maklumkan kepada saya untuk tidak disiarkan.

Tuesday, 10 June 2014

Apa itu Takaful

W E L C O M E



Pengertian Ringkas Mengenai Takaful diambil drp sember blogger

Atas sebab yang demikian para sarjana telah mengaharamkan INSURANS apatah lagi terlibat dengannya dan wang yang diperolehi daripada hasil insurans HARAM dipusakai. Kenapa jadi sebegitu sebab INSURANS tidak mengikut perjalanan hukum SYARAK.

secara asasnya Insurans itu sendiri tidak haram tetapi perjalanan kebanyakan syarikat insurans mempunyai pelaburan ke dalam syarikat2 yang terlibat dengan JUDI, RIBA dan sebagainya. Bagi memudahkan orang ISLAM di negara kita memahami insurans mana yang mengikut Syarak lalu dipisahkan nama insurans itu kepada TAKAFUL. Apa itu takaful ? Takaful pun insurans la juga. Tetapi ianya berkonsepkan ISLAM.

Dengan Pembahagian nama sebegini maka mudahlah kita faham. Insurans yang mengikut SYARAK dipangil Takaful. Tetapi bila sebut je takaful ramai org kita selalu beranggapan owh Takaful Ikhlas / Takaful Malaysia tu ye! Bukan begitu maksudnya. Bank negara telah mengeluarkan beberapa lesen takaful kepada pengendali2 Insurans di Malaysia. Anda boleh check sendiri dengan Bank Negara lah yer. Tak perlu nak saya ulas di sini.

PENDIRIAN MAJLIS FATWA